top of page
Search
  • Writer's pictureinfomisi7

PERSIAPAN DIRI SEORANG SUKARELAWAN.


Menurut kamus dewan edisi ke-empat, sukarelawan bermaksud seseorang yang melakukan sesuatu dengan sukarela dan tanpa paksaan. Sukarelawan sering dikaitkan dengan organisasi bukan kerajaan atau Non-Government Organization (NGO). Hal ini kerana mereka yang terlibat dengan NGO ini biasanya adalah orang yang melakukan sesuatu dengan sukarela untuk membantu orang lain. Sebagai contoh, kita dapat lihat ada NGO yang fokusnya untuk membantu masyarakat di pedalaman kampung orang asli, asnaf, mualaf, kanak-kanak istimewa dan orang tua. Tidak kurang juga NGO yang fokusnya membantu umat Islam yang menjadi mangsa perang seperti di Palestin, Syria dan sebagainya.

Seterusnya, seseorang yang mempunyai pengalaman sebagai sukarelawan di pelbagai tempat sebenarnya tidak cukup untuk membuktikan anda adalah sukarelawan sejati seandainya anda tidak mampu untuk menggalas tanggungjawab atau komitmen. Komitmen yang diperlukan sebagai sukarelawan yang dedikasi dan bertanggungjawab bukanlah semasa berada di lapangan sahaja. Tetapi, komitmen sebelum dan semasa program berlangsung. Pertama, komitmen sebelum program ialah persediaan yang tidak berlebihan dan memahami segala maklumat tentang program. Misalnya, bagi program luar negara MISI7, semua maklumat seperti objektif program, maklumat penerima manafaat, kos, tarikh penerbangan dan tentatif telah pun disediakan untuk rujukan peserta di laman web. Jadi, komitmen pertama yang dilakukan sebelum membuat pendaftaran ialah menghadam segala maklumat supaya kita jelas dan tidak membuta tuli menyertai sesuatu program. Contoh lainnya iaitu pakaian yang dibawa mestilah sopan dan faham bahawa program luar negara ini sebagai sebuah misi kemanusiaan, bukannya sebuah percutian musim panas. Kedua, komitmen semasa program inilah yang sangat penting iaitu sentiasa menjangkakan perkara yang lebih buruk bakal berlaku atau “expect for the worst”, sukarelawan juga diingatkan supaya sentiasa mematuhi arahan ketua program dan tidak membawa bersama sikap ingin dilayan seperti ‘prince or princess”.

Untuk menjadi seorang sukarelawan sejati, banyak perkara yang perlu dikorbankan bukan sahaja masa dan tenaga tetapi juga wang ringgit dan fikiran. Perlu diingatkan, hadirnya kita untuk menjadi sukarelawan membantu NGO adalah untuk memudahkan urusan mereka disamping menimba pengalaman. Tidak semua NGO mampu untuk membiaya kos perjalanan semua sukarelawan yang menyertai program mereka. Oleh itu, sukarelawan perlu melakukan sedikit pengorbanan wang ringgit jika ingin menjadi sukarelawan bagi program tersebut. Semoga pengorbanan yang dilakukan demi menabur bakti kepada masyarakat itu akan dipandang tinggi olehNYA.

Akhir sekali, sebagai seorang sukarelawan yang turun kelapangan bagi mewakafkan dirinya untuk membantu penerima manafaat, marilah ikhlaskan niat untuk membantu sesama insan tanpa mengharap apa-apa balasan. Biarlah Allah sahaja yang menilai. Semua manusia tidak pernah lepas untuk niatnya tersasar, mungkin disebabkan pengaruh persekitaran. Oleh itu, selalulah memperbaharui niat jika niat kita tersasar dari niat asal.


879 views1 comment

Recent Posts

See All
bottom of page