top of page
TAKLIMAT-SUKARELAWAN-2024.jpg

TAKLIMAT ASAS SUKARELAWAN.

​

PENGENALAN:

Nama 'MISI7' ini lahir pada 16 Januari 2015. Ketika bencana banjir besar berlaku di Kelantan, sebuah badan NGO telah melancarkan sebanyak 14 misi bantuan banjir di sana. Sekelompok sukarelawan daripada misi ke-7 bantuan banjir tersebut mengekalkan kumpulan ini dan terus melakukan aktiviti-aktiviti kemanusiaan. Nama 'MISI7' ini adalah simbolik kepada pertemuan yang telah menyatukan sukarelawan mengasaskan pertubuhan ini.

​

Sehingga kini, MISI7 telah melaksanakan kerja-kerja kemanusiaan di 7 buah negara iaitu, Malaysia, Indonesia, Thailand, Kemboja, Vietnam, Laos dan Filipina. Klik DI SINI untuk butiran lebih lanjut berkenaan pertubuhan ini.
 

OBJEKTIF:

Untuk melahirkan generasi sukarelawan yang prihatin, berkualiti dan berintegriti.

​

TENTANG PROGRAM:

Program ini adalah usaha pertubuhan ini untuk memberikan kesedaran, pendedahan dan bimbingan agar dapat dijadikan panduan kepada masyarakat untuk memberi impak yang lebih positif sebagai sukarelawan.

​

Kami telah melaksanakan Taklimat Asas Kesukarelawanan ini dalam bentuk yang lebih terperinci sejak tahun 2018 menerusi Kursus Induksi Sukarelawan. Beberapa Institusi Pengajian Tinggi juga pernah bekerjasama untuk memberikan kursus ini kepada pelajar mereka. Klik DI SINI untuk melihat lampiran sebahagian gambar-gambar program terdahulu.

​

Adalah menjadi visi dan misi pertubuhan ini dilapangan kemanusiaan untuk kami memperkasakan khidmat sukarelawan dilapangan kemanusiaan. Semoga, dengan usaha ini, MISI dapat membawa impak yang besar untuk generasi masa kini dan akan datang.

​

Kesesuaian umur peserta bagi program ini adalah dari usia 13-25 tahun. Walaupun begitu, penyertaan golongan usianya lebih dari umur tersebut amatlah dialu-alukan.

​

Program ini diberikan secara percuma untuk pelajar IPT, sekolah menengah, pondok/madrasah dan rumah kebajikan yang berada di Selangor dan Kuala Lumpur sahaja. Bagi permintaan program dari luar kawasan tersebut di Semenanjung, pengiraan kadar petrol sebanyak RM1.30/km bagi dua hala perjalanan akan digunakan.

​

PENGISIAN:

Peserta akan diberi penerangan asas 3 komponen sebagai persediaan untuk melaksanakan sesuatu misi bantuan iaitu;

  1. Persediaan Psikologi.

  2. Kepentingan Proses Penilaian.

  3. Perlaksanaan Misi Bantuan.

​

MANFAAT:

Manfaat yang akan diperolehi menerusi program ini ialah:

  1. Mengetahui keadaan sebenar dilapangan kemanusiaan.

  2. Mempelajari teknik penilaian bantuan / penerima manfaat.

  3. Membentuk jati diri sebenar seorang sukarelawan.

​

PENDAFTARAN: 

  1. Sesi taklimat ini hanya mengambil masa kira-kira 2-3 jam sahaja.

  2. Kami akan ke tempat anda untuk berikan taklimat ini.

  3. Tarikh dan masa bergantung perbincangan oleh kedua-dua belah pihak.

 

Untuk perbincangan dan pertanyaan lanjut, sila hubungi whatsapp AJK yang bertugas: http://www.wasap.my/601129962129

bottom of page