PROGRAM: VOLUNTEER DONATE TRAVEL.

TENTANG PROGRAM:

Program yang berkonsepkan #VOLUNTEER_DONATE_TRAVEL ini membawa sukarelawan menziarahi pusat muallaf / madrasah / komuniti muslim terpencil-asnaf di dalam dan luar negara seperti Sarawak, Sabah, Thailand, Indonesia, Kemboja, Filipina, Vietnam dan Laos.

 

OBJEKTIF PROGRAM:

Terdapat tiga objektif utama bagi program ini iaitu:

 

I. Mengumpul dana sumbangan untuk disalurkan kepada penerima manafaat program ini menerusi yuran penyertaan program yang telah ditetapkan dan juga dana sumbangan yang dibuka untuk program.

 

II. Memberikan pendedahan kepada sukarelawan dengan keadaan sebenar dilapangan khidmat kemanusiaan. Setiap sukarelawan yang menyertai program ini akan diberikan tugasan tertentu dalam melaksanakan misi yang disertai dengan bimbingan yang diberikan oleh ketua program.

 

III. Memantau perkembangan penerima manafaat seiring dengan bantuan yang telah disalurkan.

TUGASAN & PERANAN SUKARELAWAN DALAM MISI INI:
1. Penilaian penerima manafaat
2. Catatan perjalanan
3. Jurugambar
4. Rakaman video program
5. Mengikuti perbincangan harian.
6. Aktiviti bersama penerima manafaat.
7. Membeli barang sumbangan.
8. Agihan Sumbangan
9. Memberikan cadangan penambah-baikan program dan lanjutan bantuan seterusnya.

**Ini adalah kebiasaan tugasan yang akan dikongsikan bersama sukarelawan menerusi program ini. Namun begitu, agihan tugasan mungkin bertambah atau mungkin berkurangan. Ianya mengikut kesesuaian dan keadaan semasa dilapangan.

 

HARUS DIINGATKAN disini, melawat tempat tarikan di lokasi program adalah bonus kepada sukarelawan. Namun begitu, sekiranya keadaan tidak mengizinkan dimana kami (MISI7) ataupun penerima manafaat lebih memerlukan khidmat sukarelawan, jadual lawatan tersebut kami akan batalkan.

SILA KLIK POSTER DI BAWAH UNTUK KE PAUTAN BUTIRAN PROGRAM, BACA DENGAN TENANG DAN TELITI SEBELUM ANDA MEMBUAT PENDAFTARAN ATAU PERTANYAAN LEBIH LANJUT;

PERTANYAAN LANJUT / PENDAFTARAN PROGRAM SILA KLIK SALAH SATU PAUTAN WHATSAPP AJK YANG BERTUGAS DIBAWAH:

SIS MIRAY: http://www.wasap.my/60145223209

SIS IZZAH: http://www.wasap.my/601156871859

SIS WANI: http://www.wasap.my/60184016079

BRO HAIRUL: http://www.wasap.my/601111778693

...RASA TERBEBAN DENGAN YURAN YANG DITETAPKAN? ANDA BOLEH MENGIKUTI MISI INI TANPA MEMBAYAR YURAN, MALAH TIKET PENERBANGAN PUN KAMI SEDIAKAN. NAK TAHU LEBIH LANJUT? BACA KETERANGAN KONSEP BARU YANG DINAMAKAN KEMBARA AMAL SUKARELAWAN. KLIK DISINI SEGERA! 

MISI7inVietnam2020-01.jpg
MISI7inCambodia2020_I-01.jpg
MISI7inLaos2020-01.jpg
MISI7inSarawak2020-Mei.jpg
MISI7inThailand2020.jpg
MISI7inAceh2020_I-01.jpg
MISI7inPhilippines2020 (sept).jpg
MISI7inThaiLaos2020.jpg

Bilangan Pelawat:

Ikuti perkembangan kami:

  • Facebook Social Icon
  • Twitter Social Icon
  • Instagram Social Icon
This site was designed with the
.com
website builder. Create your website today.
Start Now