top of page
KAS ALL.jpg

KEMBARA AMAL SUKARELAWAN.

​

TENTANG PROGRAM:

Kembara Amal Sukarelawan MISI7 adalah sebuah program yang memberikan pendedahan terus keadaan dilapangan kepada sukarelawan.

​

Program yang berkonsepkan VOLUNTEER, DONATE & TRAVEL ini membawa sukarelawan menziarahi pusat muallaf / madrasah / komuniti muslim yang juga penerima manfaat Pertubuhan Sukarelawan MISI7 di Malaysia, Indonesia, Thailand, Laos, Kemboja, Vietnam dan Filipina. 

​

Menerusi program ini juga peserta akan diberikan perkongsian tentang proses untuk melaksanakan program atau bantuan kemanusiaan.

​

Terdapat 3 manfaat utama yang seharusnya direbut oleh sukarelawan apabila menyerta program Kembara Amal Sukarelawan MISI7 ini iaitu:
1. Perkongsian ilmu berkaitan proses bantuan kemanusiaan.
2. Pendedahan gerak kerja sukarelawan secara terus dilapangan.
3. Mengenali budaya masyarakat tempatan.

​

OBJEKTIF PROGRAM:

Terdapat tiga objektif utama bagi program ini iaitu:

​

I. Mengumpul dana sumbangan untuk disalurkan kepada penerima manfaat program menerusi yuran penyertaan dan juga dana sumbangan yang dibuka untuk program ini.

 

II. Memberikan pendedahan asas kepada sukarelawan keadaan sebenar dilapangan khidmat kemanusiaan. Setiap sukarelawan yang menyertai program ini akan diberikan tugasan tertentu untuk membantu dalam melaksanakan misi yang disertai dengan bimbingan yang diberikan oleh ketua program.

 

III. Memantau perkembangan penerima manfaat seiring dengan bantuan yang telah disalurkan serta mengeratkan ukhuwah.

​

TUGASAN SUKARELAWAN DALAM MISI INI:
Diantara tugasan yang akan diagihkan kepada peserta program ini ialah:

1. Penilaian penerima manafaat
2. Catatan perjalanan
3. Jurugambar
4. Rakaman video program
5. Mengikuti perbincangan harian.
6. Aktiviti bersama penerima manafaat.
7. Membeli barang sumbangan.
8. Agihan Sumbangan
9. Memberikan cadangan penambah-baikan program dan lanjutan bantuan seterusnya.


**Ini adalah kebiasaan tugasan yang akan dikongsikan bersama sukarelawan menerusi program ini. Namun begitu, agihan tugasan mungkin bertambah atau mungkin berkurangan. Ianya mengikut kesesuaian dan keadaan semasa dilapangan.

​

SENARAI NEGARA PENERIMA MANAFAAT PROGRAM:

1. Malaysia (Sabah)

2. Indonesia (Lombok)

3. Thailand (Chiang Rai)

4. Laos (Vientiane)

5. Kemboja (Ratanakiri)

6. Filipina (Cebu)

7. Vietnam (Long An)

​

PERINGATAN:

1. Melawat tempat tarikan di lokasi program adalah bonus kepada sukarelawan. Namun begitu, sekiranya keadaan tidak mengizinkan dimana kami (MISI7) ataupun penerima manafaat lebih memerlukan khidmat sukarelawan, jadual lawatan tersebut kami akan batalkan.

​

2. Ini adalah sebuah program untuk memberikan pendedahan keadaan dilapangan kepada sukarelawan. Program ini TIDAK SESUAI untuk disertai oleh individu yang:

i. Mencari keselesaan.

ii. Mahu dilayan seperti 'anak raja'.

iii. Suka merungut.

iv. Banyak ragam

v. dan sebagainya. 

Panduan-Penyertaan-KAS.jpg
KAS2024-PROMO.png

T-SHIRT PROGRAM PERCUMA UNTUK PESERTA

PENDAFTARAN SEDANG DIBUKA.

 

SILA KLIK POSTER DI BAWAH UNTUK KE PAUTAN BUTIRAN PROGRAM, BACA DENGAN TENANG DAN TELITI SEBELUM ANDA MEMBUAT PENDAFTARAN ATAU PERTANYAAN LEBIH LANJUT;

 

Sila hubungi whatsapp AJK yang bertugas: http://www.wasap.my/601129962129

​

MISI7inSabah2024 - SEPT-03.jpg
MISI7InThailand24-01.jpg
MISI7InCambodia24_02.jpg
bottom of page