KEMBARA AMAL SUKARELAWAN.

TENTANG PROGRAM:

Program Kembara Amal Sukarelawan ini berkonsepkan #VOLUNTEER_DONATE_TRAVEL yang mana kami akan membawa sukarelawan menziarahi pusat muallaf / madrasah / komuniti muslim terpencil-asnaf di dalam dan luar negara seperti di Semenanjung Malaysia, Sarawak, Sabah, Thailand, Indonesia, Kemboja, Filipina, Vietnam dan Laos.

OBJEKTIF PROGRAM:

Terdapat tiga objektif utama bagi program ini iaitu:

I. Mengumpul dana sumbangan untuk disalurkan kepada penerima manafaat program ini menerusi yuran penyertaan program yang telah ditetapkan dan juga dana sumbangan yang dibuka untuk program.

II. Memberikan pendedahan kepada sukarelawan dengan keadaan sebenar dilapangan khidmat kemanusiaan. Setiap sukarelawan yang menyertai program ini akan diberikan tugasan tertentu dalam melaksanakan misi yang disertai dengan bimbingan yang diberikan oleh ketua program.

III. Memantau perkembangan penerima manafaat seiring dengan bantuan yang telah disalurkan.

TUGASAN & PERANAN SUKARELAWAN DALAM MISI INI:
1. Penilaian penerima manafaat
2. Catatan perjalanan
3. Jurugambar
4. Rakaman video program
5. Mengikuti perbincangan harian.
6. Aktiviti bersama penerima manafaat.
7. Membeli barang sumbangan.
8. Agihan Sumbangan
9. Memberikan cadangan penambah-baikan program dan lanjutan bantuan seterusnya.


**Ini adalah kebiasaan tugasan yang akan dikongsikan bersama sukarelawan menerusi program ini. Namun begitu, agihan tugasan mungkin bertambah atau mungkin berkurangan. Ianya mengikut kesesuaian dan keadaan semasa dilapangan.

HARUS DIINGATKAN disini, melawat tempat tarikan di lokasi program adalah bonus kepada sukarelawan. Namun begitu, sekiranya keadaan tidak mengizinkan dimana kami (MISI7) ataupun penerima manafaat lebih memerlukan khidmat sukarelawan, jadual lawatan tersebut kami akan batalkan.

MAKLUMAN: Program ini kami hentikan terlebih dahulu kerana kekangan pergerakkan akibat penularan wabak COVID-19. In sha Allah, kami akan kembali meneruskannya setelah tiada lagi kekangan tersebut.

SILA KLIK POSTER DI BAWAH UNTUK KE PAUTAN BUTIRAN PROGRAM, BACA DENGAN TENANG DAN TELITI SEBELUM ANDA MEMBUAT PENDAFTARAN ATAU PERTANYAAN LEBIH LANJUT;

Sekiranya terdapat pertanyaan lanjut, sila hubungi Sis Mia atau Sis Mira​ (klik nama untuk ke pautan whatsapp) salah satu dari nama AJK penyelaras. tersebut.

...bakal menyusul;

MISI7InSarawak

MISI7InSabah

MISI7InTerengganu

MISI7InThaiLaos

MISI7InVietnam

MISI7InCambodia

MISI7InLombok

MISI7InPhilippines

MISI7InAceh

MISI7InLaos

MISI7InThailand

Bilangan Pelawat:

Ikuti perkembangan kami:

  • Facebook Social Icon
  • Twitter Social Icon
  • Instagram Social Icon
This site was designed with the
.com
website builder. Create your website today.
Start Now