top of page

PERTUBUHAN SUKARELAWAN MISI7

PENGENALAN.

MISI7 adalah pertubuhan sukarelawan yang berdaftar menerusi Pendaftar Pertubuhan Malaysia

(Registration of Society-ROS). 

​

Sejak tahun 2015, pertubuhan ini meletakkan program-program bercirikan sokongan pendidikan dikawasan luar tumpuan di dalam & luar negara sebagai keutamaan. Diantara negara penerima manfaat pertubuhan ini ialah Malaysia, Indonesia, Thailand, Laos, Vietnam, Kemboja dan Filipina. Namun begitu, MISI7 sentiasa bersedia untuk bertindak sekiranya berlaku kecemasan seperti bencana dan sebagainya.

​

Nama 'MISI7' ini adalah sebuah simbolik kepada sebuah pertemuan yang menyatukan sukarelawan dalam khidmat bantuan kemanusiaan. Pada 16 Januari 2015, ketika bencana banjir besar berlaku di Kelantan, sebuah badan NGO telah melancarkan sebanyak 14 misi bantuan banjir di sana. Sekelompok sukarelawan 
daripada misi ke-7 bantuan banjir tersebut mengekalkan kumpulan ini dan terus melakukan aktiviti-aktiviti kemanusiaan. 

​

"Unite for Humanity" menjadi tagline rasmi MISI7 kerana latar belakang setiap sukarelawan adalah berbeza. Namun kami bersatu pada satu matlamat dan tujuan iaitu menyumbang kepada khidmat kemanusiaan.

​

OBJEKTIF.

Objektif penubuhan pertubuhan ini adalah untuk membawa impak positif dilapangan kemanusiaan menerusi gerak kerja sukarelawan yang berkualiti. 

​

VISI.

Memperkasakan khidmat sukarelawan dilapangan kemanusiaan.

​

MISI.

1. Membina kumpulan sukarelawan yang berkualiti dan kemahiran untuk berkhidmat dilapangan kemanusiaan.

2. Melaksanakan program kesukarelawanan bercirikan pendidikan.

3. Memberikan impak positif kepada penerima manfaat

Sijil Kelulusan Permohonan Induk.jpg
bottom of page