Kongsi Rezeki Ramadhan 2021.jpg

Alhamdulillah. Syukur kepada Allah SWT kerana masih mengizinkan nafas kita untuk melalui bulan yang penuh dengan kemuliaan ini. Di bawah ini kami kongsikan 5 saluran dana yang amat memerlukan mengikut keperluan semasa penerima manafaat kami. 

Semoga kita semua merebut peluang yang ada ini untuk menggandakan ibadah kita pada bulan yang penuh dengan Rahmat ini. 💚

Kemaskini Dana Terkumpul: 09-05-2021

1. PROGRAM BIMBINGAN ASNAF MUALLAF MINORITI MUSLIM & SEDEKAH QURBAN DI UTARA LAOS.

📌 Terkumpul: RM132/RM6,400

📝 Butiran: bit.ly/MISI7Laos

2. TAJAAN PENDIDIKAN PELAJAR ASNAF MINORITI MUSLIM, CHIANG RAI, THAILAND.

📌 Terkumpul: RM189/RM7,500 setiap bulan. 

📝 Butiran: bit.ly/AsnafChiangRai

3. WAKAF BAIKPULIH SURAU MADRASAH POKSU HAJI DAUD, LUBUK SETOL, RANTAU PANJANG, KELANTAN

📌 Terkumpul: RM905/RM11,700

📝 Butiran: bit.ly/WAKAF-17

4. WAKAF BAIK PULIH DAN NAIK TARAF SURAU LONGBEACH, PULAU PERHENTIAN, TERENGGANU.

📌 Terkumpul: RM16,295/RM50,100

📝 Butiran: https://bit.ly/wakaf-13

5. SET WAKAF KELENGKAPAN SOLAT.

Kelengkapan Bimbingan Dan Panduan Solat Untuk Asnaf Muallaf. 

📝 Butiran: bit.ly/set-wakaf

 

PERKONGSIAN: 1x30 ATAU 30x1 PILIHAN ANDA?
Alangkah ruginya jika hari-hari di bulan ramadhan jika dilalui tanpa bersedekah...


Berapa hasilnya bila angka 1 didarabkan 30? Jawabnya tentu 30.

 

Nah, sekarang bila dibalik, berapa hasilnya 30 didarabkan 1? Jawabanya tetap sama 30. Ya, itulah matematik.

 

Namun kehidupan tidaklah sama dengan matematik. Dalam kehidupan, 1x30 adalah jauh lebih baik dibandingkan 30x1.

 

Apa maksudnya? 
Kita lebih baik melakukan satu hal yang sama atau rutin dalam waktu 30 hari dibandingkan 30 kali hanya dalam waktu satu hari. Sedikit tapi rutin jauh lebih baik dibandingkan banyak tetapi hanya sekali. Contohnya, lebih baik sholat dhuha 2 rakaat rutin setiap hari selama 6 hari dibandingkan 12 rakaat tapi hanya dilakukan satu kali. Orang yang bersedekah RM1 setiap hari cenderung lebih ringan dibandingkan sedekah RM365 sekaligus pada akhir tahun.


Jumlah sedekahnya sama, tetapi yang rutin bersedekah cenderung tidak menunjuk-nunjuk sementara yang bersedekah dengan nilai yang besar sekaligus lebih cenderung merasa hebat. Ujub dan kesombongan berpeluang menyerang hati si penderma.


Amalan sebegini juga amat tepat sebagaimanay dengan pesanan dari Rasulullah ﷺ yang bermaksud:


Daripada Aisyah RA dia berkata, Rasulullah ﷺ bersabda: “Amalan yang paling dicintai oleh Allah Ta’ala adalah amalan yang berterusan walaupun jumlahnya sedikit.” (HR. Bukhari, no. 6465)


Semoga kita manafaatkan sebaik-baiknya peluang beribadah pada bulan Ramadhan ini. Kami di Pertubuhan Sukarelawan MISI7 mengucapkan selamat menunaikan ibadah puasa kepada semua muslim.