Adobe_Post_20200731_0637290.838013268019

Assalammualaikum dan selamat menyambut hari Jumaat yang penuh dengan keberkahan. Berikut adalah pilihan dana yang diberi keutamaan untuk #SedekahJumaat menerusi pertubuhan ini:

Kemaskini Dana Terkumpul: 09-05-2021

1. PROGRAM BIMBINGAN ASNAF MUALLAF MINORITI MUSLIM & SEDEKAH QURBAN DI UTARA LAOS.

📌 Terkumpul: RM132/RM6,400

📝 Butiran: bit.ly/MISI7Laos

2. TAJAAN PENDIDIKAN PELAJAR ASNAF MINORITI MUSLIM, CHIANG RAI, THAILAND.

📌 Terkumpul: RM189/RM7,500 setiap bulan. 

📝 Butiran: bit.ly/AsnafChiangRai

3. WAKAF BAIKPULIH SURAU MADRASAH POKSU HAJI DAUD, LUBUK SETOL, RANTAU PANJANG, KELANTAN

📌 Terkumpul: RM905/RM11,700

📝 Butiran: bit.ly/WAKAF-17

4. WAKAF BAIK PULIH DAN NAIK TARAF SURAU LONGBEACH, PULAU PERHENTIAN, TERENGGANU.

📌 Terkumpul: RM16,295/RM50,100

📝 Butiran: https://bit.ly/wakaf-13

5. SET WAKAF KELENGKAPAN SOLAT.

Kelengkapan Bimbingan Dan Panduan Solat Untuk Asnaf Muallaf. 

📝 Butiran: bit.ly/set-wakaf

 

PERKONGSIAN TENTANG SEDEKAH JUMAAT;

Pada hari ini, kita beruntung kerana dapat dipertemukan sekali lagi dengan hari Jumaat yang penuh keberkatan. Ya, ia merupakan hari yang begitu istimewa sekali jika dibandingkan dengan hari-hari lain.

Ramai yang mengenali hari Jumaat sebagai penghulu segala hari ataupun sayyidul ayyam. Meskipun gelaran sayyidul ayyam berkenaan datangnya daripada sebuah riwayat yang daif, namun ia sedikit pun tidak merencatkan kemuliaan pada hari Jumaat itu sendiri.

Secara umumnya, tentang sedekah disebutkan dalam Al-Quran. Antaranya ialah ganjaran 700 kali ganda kepada mereka yang berinfak di jalan ALLAH SWT.

Firman ALLAH SWT:

“Bandingan (derma) orang yang membelanjakan hartanya pada jalan ALLAH ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan 7 tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi 100 biji. Dan (ingatlah), ALLAH melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-NYA, dan ALLAH MAHA LUAS (rahmat) kurnia-NYA, lagi meliputi ilmu pengetahuan-NYa.” (Surah al-Baqarah, ayat 261)

Jelaslah bahawa kalam ALLAH itu menunjukkan, sememangnya kita digalakkan untuk memperbanyak amalan infak ke jalan ALLAH dengan dijanjikan ganjaran berlipat kali ganda.

Manakala, Rasulullah SAW bersabda:

“Sebaik-baik hari yang terbit matahari padanya ialah hari Jumaat. Pada hari tersebut diciptakan Nabi Adam AS, dia dimasukkan ke dalam syurga dan dia dikeluarkan daripadanya. Dan pada hari tersebut, terdapat satu waktu yang mana jika seseorang Muslim berdiri mendirikan solat dan berdoa kepada ALLAH SWT akan sesuatu hajatnya, nescaya ALLAH SWT akan memberi apa yang dihajatkannya tersebut.” -  (Riwayat al-Bukhari)

Terdapat banyak lagi kelebihan hari Jumaat sebagaimana yang diceritakan dalam al-Quran dan hadis. Selain hari yang mulia, Jumaat merupakan hari mustajabnya berdoa dan dihapuskan dosa. Lebih istimewa lagi apabila umat Islam berkumpul dan melakukan ibadah bersama-sama menerusi solat Jumaat.

Ketahuilah, terdapat banyak ganjaran yang disediakan oleh ALLAH SWT untuk kita raih pada hari Jumaat.

Bahkan, kita digalakkan untuk melakukan beberapa amalan sunat seperti membaca Surah al-Kahfi, mandi sunat Jumaat dan seumpamanya sebagai tanda mengagungkan hari Jumaat serta mengikut sunah Nabi Muhammad SAW.
 
Meskipun tiada dalil khusus, sebahagian para ulama ada menukilkan tentang keutamaan sedekah pada hari mulia berkenaan.

Umpamanya, Ibn Qayyim Al-Jawziyah dalam kitabnya, Zad Al-Maad menyatakan:

“Bersedekah pada hari Jumaat ini lebih mulia berbanding hari-hari lain. Besarnya nilai gandaan ganjaran bersedekah pada hari Jumaat berbanding hari lain adalah seperti besarnya pahala amalan bulan Ramadan berbanding bulan-bulan lain.”

Selain itu, bersedekah pada hari Jumaat juga merupakan antara amalan yang dipraktikkan oleh Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah. Apabila keluar dari rumah untuk mendirikan solat Jumaat, beliau akan membawa roti atau makanan lain yang ada di rumahnya dan menyedekahkannya secara sembunyi di sepanjang jalan yang dilaluinya.

Jadi, dalam hal ini, tidak salah untuk kita mengikuti amalan baik orang-orang soleh, tambahan pula kita maklum bahawa amalan bersedekah ini amat mulia di sisi ALLAH SWT.

Umat Islam disarankan juga untuk melakukan amalan mulia itu pada awal pagi atau Subuh kerana malaikat mendoakan kebaikan buat mereka yang sedekah.

Dalam satu hadis lain, Abu Hurairah RA berkata: 'Seorang lelaki datang kepada Nabi Muhammad SAW dan berkata: ‘Wahai Rasulullah, sedekah apakah yang paling besar pahalanya.’

Baginda SAW menjawab:

“Kamu bersedekah ketika kamu dalam keadaan sihat dan kikir, takut menjadi fakir dan berangan-angan jadi orang kaya. Maka, janganlah kamu menundanya hingga tiba nyawamu berada di halkum. Lalu kamu berkata, yang ini milik si polan dan yang itu milik si polan. Padahal harta itu sudah menjadi milik si polan (ahli warisnya).” (Riwayat al-Bukhari)

 

Renung-renungkahlah juga peringatan dari Allah SWT ini:

"Syaitan itu menjanjikan (menakut-nakutkan) kamu dengan kemiskinan dan kepapaan (jika kamu bersedekah atau menderma), dan ia menyuruh kamu melakukan perbuatan yang keji (bersifat bakhil kedekut); sedang Allah menjanjikan kamu (dengan) keampunan daripadaNya serta kelebihan kurniaNya. Dan (ingatlah), Allah Maha Luas limpah rahmatNya, lagi sentiasa Meliputi PengetahuanNya." - (QS. Al-Baqarah 2: Ayat 268)

Oleh itu, pada kesempatan ini kami mengajak sahabat-sahabat yang berhati wangi sekalian untuk bersedekah. Semoga ianya menjadi asbab pertemuan kita di Syurga kelak. In Sha Allah.