top of page
Search
  • Writer's pictureinfomisi7

WILAYAH CHIANG RAI, KEINDAHAN ALAM DI UTARA THAILAND.


Wilayah yang terletak di Utara Thailand ini mempunyai tarikan tersendiri pada musim-musim tertentu. Lagipun bermula Januari tahun ini (2019) Air Asia telah pun membuka laluan penerbangan terus ke sana. Namun begitu, selain daripada penerbangan terus tersebut, kita masih ada pilihan lain, contohnya bagi mereka yang dari Kelantan, Terengganu dan bahagian utara negara ini boleh memilih penerbangan dari Hatyai.


Setiap tahun pada hujung Februari biasanya akan diadakan Festival Belon Antarabangsa di Singha Park yang terletak di Chiang Rai. Pada bulan November-Februari setiap tahun pula adalah musim sejuk disana.


Kalau dahulu suhu musim sejuk disana boleh mencecah sehingga 3°C pada waktu malam, tetapi sekarang cuaca yang tidak menentu, dan sukar diramal.


Beberapa tahun kebelakangan ini hanya sekadar diantara 10-20°C sahaja. Pada musim ni juga strawberi dijual dengan murah sehingga pernah mencecah harga 30Tbaht sahaja untuk satu kilogram.


Dibawah ini saya kongsikan beberapa lokasi yang menarik untuk dikunjungi disana:

Golden Triangle


Singha Park

Karen Long Neck Village


Karen Long Neck Village

Oh ya! Elakkan ke sana pada bulan Mac-April kerana ketika itu bukan sahaja musim panas yang suhunya boleh mencecah 40°C malah musim ini juga petani akan melakukan pembakaran kebun secara besar-besaran. Jerebu, panas dan pemandangan pun teruk tau.

Doi Pha Mee

Doi Chang Moob

Berdasarkan pengalaman saya melakukan kerja sukarelawan disana pada tahun 2016 dan 2017, bulan Mei-Jun ialah musim buah laici dan bulan Julai pula musim buah mata kucing. Jangan lupa singgah ke Choui Fong Tea Plantation. Pemandangan yang cantik, green tea disana pun best! Aroi mak-mak!

Choui Fong Tea Plantation

Choui Fong Tea Plantation

Untuk makluman, ke semua tempat yang saya kongsikan disini cukup untuk berada di Chiang Rai selama 3 hari 2 malam.


Semoga perkongsian ringkas ini memberi manafaat buat rakan-rakan traveller yang ingin kesana.




Catatan Sukarelawan MISI7:

Hairul Nazmeiy Salleh.

210 views0 comments

Recent Posts

See All
bottom of page