top of page
Search
  • Writer's pictureinfomisi7

ROHINGYA BANGSA PENGOTOR DAN KASAR.



ROHINGYA BANGSA PENGOTOR DAN KASAR, inilah cemuhan yang sering dilemparkan kepada bangsa pelarian ini yang juga saudara muslim kita yang bernasib malang ini. Ya, mungkin ada betul cemuhan ini. Namun begitu bagi kami, ianya adalah pertimbangan yang tersangatlah tidak adil.


Mereka dihukum oleh pelbagai pihak dengan pelbagai cara tanpa keadilan apatah lagi ihsan kemanusiaan. Kami tidak mahu pergi jauh, cukuplah dengan hanya menyantuni anak-anak pelarian berbangsa Rohingya yang ada berdekatan dalam negara ini.


Mereka ini, kebanyakkanya lahir, celik sahaja mata ke dunia ini hidup mereka dalam keadaan diburu untuk dibunuh, berpindah randah dan menjadi pelarian ke negara-negara yang menerima mereka termasuklah Malaysia. Ada dikalangan keluarga atau rakan mereka telah mati disembelih, dibakar dan juga disiksa dengan kejam oleh ekstremis Buddha di Myanmar. Inilah kehidupan mereka. Inilah ketakutan yang menghantui disepanjang kehidupan mereka.


Jadi, apakah kita mengharapkan sifat, ilmu dan ketamadunan mereka setaraf dengan kita?


Apakah adil kita menghukum mereka tanpa sebarang usaha untuk kita membimbing mereka?


Kenapa perlu rasa jijik dengan mereka? Kalau kita yang kononnya peka pada masyarakat dan memiliki pendidikan, ambillah pendekatan membimbing mereka dalam melaksanakan tanggungjawab kita sesama hamba.


Jika kita yang sesama saudara muslim tidak mengambil cakna, siapa lagi yang kita harapkan?


Bimbinglah mereka, ajar mereka tentang peradaban. Itu adalah lebih baik daripada kita mengeji, memaki mereka dilaman sosial sahaja tanpa mengerakkan sebarang usaha untuk mengubahnya. Bukan hanya kerana mereka adalah bangsa Rohingya, bukan kerana mereka pelarian, tetapi kerana mereka juga hamba Allah yang sama seperti kita.


Hakikatnya, pemikiran kita, pendapat kita, cara kita melihat, menilai tidak semuanya sama, namun kami percaya, apa yang boleh menyatukan kita adalah sifat kemanusiaan yang telah Allah SWT tanam dalam hati kita sejak kita berada dalam kandungan ibu kita lagi.


Terpulanglah pada kita sebenarnya bagaimana untuk menguruskan sifat kemanusiaan tersebut.



Catatan Oleh:

Setiausaha,

Pertubuhan Sukarelawan MISI7



407 views0 comments

Recent Posts

See All
bottom of page